Friday, October 15, 2010

Bentuk-bentuk Ujian Mendengar


1.    Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan
Aktiviti:
Guru menayangkan beberapa objek tertentu dan menyebut nama bagi setiap objek tersebut. Kemudian, guru meminta murid mengenalpasti nama bagi setiap objek dan memadankan objek tersebut dengan kad perkataan yang telah  disediakan.

2.    Memahami maksud ayat
Aktiviti:
Guru meminta murid mendengar sebuah ucapan pendek melalui pita rakaman, Kemudian, guru meminta murid menceritakan kembali ucapan tadi dengan menggunakan ayat sendiri.

3.    Melaksanakan arahan
Aktiviti:
Guru memberikan arahan pendek kepada murid untuk menghasilkan sebuah sajak berkenaan dengan persahabatan. Murid diminta untuk melaksanakan tugasan berdasarkan arahan tersebut.

4.    Mendengar untuk mendapatkan maklumat.
Aktiviti:
Sebuah cerita diperdengarkan kepada murid. Kemudian, murid diminta menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam cerita tersebut.

5.    Mendengar untuk kenalpasti urutan cerita dan peristiwa.
Aktiviti:
Sebuah cerita diperdengarkan kepada murid. Kemudian, murid diminta menyusun urutan cerita tersebut berdasarkan lembaran kerja yang diberi.
6.    Mendengar dan mengecam bunyi.
Aktiviti:
Guru memainkan audio jenis-jenis beberapa jenis binatang dan meminta murid mendengar dengan teliti. Kemudian, guru memasang kembali audio tersebut dan meminta murid mengecam bunyi tersebut dan menyebutnya dengan lantang.


7.    Mendengar dan memadan
Aktiviti:
Murid diminta untuk mendengar bunyi-bunyi tertentu.  Kemudian, mereka dikehandaki untuk memadankan bunyi tersebut dengan gambar yang telah disediakan.

8.    Mendengar dan menulis
Aktiviti:
Sebuah sajak diperdengarkan kepada murid. Kemudian, murid diminta menyalin sajak tersebut dengan tepat.
9.    Mendengar dan mencari jalan
Aktiviti:
Guru memberikan satu situasi kehidupan seharian yang berkisarkan kekeluargaan. Kemudian meminta murid mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang telah diberi.

10. Bersoal jawab
Aktiviti:
Guru mengutarakan beberapa soalan kepada murid. Kemudian, meminta murid -menjawab soalan tersebut mengikut pendapat masing-masing.

Wednesday, October 13, 2010

Ragam Ayat


Cari aspek bahasa yang perlu dinilai dalam kemahiran menulis dan pemberatannya.
Kosa kata
Kosa kata (perbendaharaan kata) adala himpunan kata yang diketahui oleh seseorang atau merupakan bahagian dari suatu bahasa tertentu. Kosakata seseorang didefinisikan sebagai himpunan semua kata-kata yang difahami oleh orang tersebut atau semua kata-kata yang kemungkinan akan digunakan oleh orang tersebut untuk menyusun ayat baru.

Penanda Wacana
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi    mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Rujukan :staff.iiu.edu.my/mascitah/penandawacana.doc

 



Perancangan Korpus

Cari maksud korpus
  • Perancangan korpus merujuk kepada campur tangan dalam bentuk-bentuk sebuah bahasa.
  •  Ini mungkin boleh dicapai melalui mencipta kata-kata atau ungkapan-ungkapan yang baru, mengubah suai yang lama, atau memilih antara bentuk-bentuk alternatif.
  • Perancangan korpus bertujuan untuk mengembangkan sumber-sumber sebuah bahasa supaya ia akan menjadi satu perantara komunikasi yang sesuai untuk topik-topik moden dan bentuk-bentuk huraian yang dilengkapi dengan istilah yang diperlukan untuk kegunaan pentadbiran, pendidikan, dan sebagainya.
  • Perancangan korpus sering dikaitkan dengan pemiawaian sesebuah bahasa, dan membabitkan penyediaan ortografi normatif, tatabahasa, dan kamus untuk panduan penulis dan penutur di dalam sebuah komuniti pertuturan.
  •  Usaha-usaha ketulenan bahasa dan penyisihan kata-kata asing (sila lihat perlindungan linguistik) juga termasuk dalam bidang perancangan korpus, serta juga reformasi ejaan dan pengenalan sistem-sistem tulisan baru (umpamanya, bahasa Turki).
  • Bagi sebuah bahasa yang dahulunya tidak tertulis, langkah pertama dalam perancangan korpus ialah pengembangan sebuah sistem tulisan.

Perancangan bahasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
-Perancangan taraf
-Perancangan korpus
Perancangan yang pertama memberikan taraf tertentu kepada sesuatu bahasa.
Perancangan jenis yang kedua membina bahan bahasa tersebut menjadi bahasa yang kemas sistemnya supaya dapat memenuhi taraf yang diberikan kepadanya.

Ujian Lisan SPM (Kriteria pemarkahan ujian lisan dan pemberatan)

Corak Ujian Lisan di sekolah
Markah untuk ujian lisan ini, diberi berdasarkan ketiga-tiga ujian di atas iaitu membaca, kefahaman dan perbualan.
Bacaan dan Kefahaman
Diantara perkara-perkara yang dipertimbangkan di dalam pemberian markah ialah kelancaran membaca, intonasi membaca, intonasi bacaan, sebutan perkataan dan kefasihan.

(a) Kelancaran
Seseorang calon juga akan diuji dari segi alunan dan kepantasan suaranya. Tanda baca seperti titik, koma, koma bertitik, tanda soal, seruan dan lain-lain lagi, menentukan nada dan tempat seseorang calon patut berhenti atau tempat mengambil nafas sebentar dan sebagainya.


(b) Intonasi
Intonasi perlu diambil perhatian di dalam pemarkahan. Ada masanya kita mesti menekankan suara bila menyebut sesuatu perkataan di dalam potongan karangan itu. Di sini, seorang penguji mengesan sama ada sesuatu perkataan dibaca dengan tanda soal dan seruan.

(c) Kefahaman
Soalan akan ditanya satu demi satu. Pada peringkat peperiksaan SPM, sebanyak lima soalan akan dikemukakan berhubung dengan petikan karangan itu.

Sumber : http://kertaskerja.wordpress.com/


KRITERIA PENSKORAN UJIAN LISAN BAHASA MELAYU

Peringkat

Skor

Konstruk

Kriteria / Keterangan


Sangat Baik

34 - 40
1.  Tatabahasa dan  kosa kata
·         Bahasa gramatis, penggunaan kosa kata sangat tepat.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
·         Sebutan betul, sangat jelas dan tepat.
·         Intonasi dan nada betul.
3.  Kefasihan
·         Keseluruhan pengucapan sangat petah dan fasih.
·        
4.  Idea
·         Keseluruhan pengucapan mencapai maksud.
·         Idea sangat tepat serta matang.
5.  Bertatasusila
·         Pengucapan yang sangat beradab, bersopan dan santun berbahasa.

Baik


25 - 33
1.  Tatabahasa dan kosa   kata
·         Bahasa gramatis, penggunaan kosa kata tepat.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
·         Sebutan betul, jelas dan tepat.
·         Intonasi dan nada betul.
3.  Kefasihan
·         Keseluruhan pengucapan petah, fasih dan idea tepat.
4.  Idea
·         Keseluruhan pengucapan mencapai maksud.
·         Idea tepat serta matang.
5.  Bertatasusila
·         Pengucapan beradab, bersopan dan santun berbahasa.



Memuaskan
16 - 24
1.  Tatabahasa dan kosa kata
·         Bahasa masih gramatis, penggunaan kosa kata masih tepat.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
·         Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat.
·         Kebanyakan  intonasi dan nada masih betul.
3.  Kefasihan
·         Keseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan idea masih tepat.
4.  Idea
·         Keseluruhan pengucapan masih mencapai maksud.
·         Idea masih tepat serta masih matang.
5.  Bertatasusila
·         Pengucapan masih beradab, masih bersopan dan masih santun berbahasa.

Kurang
Memuaskan

07 - 15
1.  Tatabahasa dan kosa kata
·         Bahasa kurang gramatis, penggunaan kosa kata kurang tepat dan kadangkala salah.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
·         Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat.
·         Intonasi dan nada kurang betul.
3.  Kefasihan
·         Keseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan idea kurang tepat.
4.  Idea
·         Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud.
5.  Bertatasusila
·         Pengucapan kurang beradab, bersopan dan kurang santun berbahasa.
Tahap Pencapaian Minimum


01- 06
1.  Tatabahasa dan kosa kata
·         Keseluruhannya lemah.

·         Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
3.  Kefasihan
4.  Idea
5.  Bertatasusila



 sumber: myringgit.com/sppk/kriteria-penskoran-ulbs-bm.doc


Sunday, October 10, 2010

Kaedah Penilaian Bahasa

ISL minggu 6
Tarikh: 4 Oktober 2010-8 Oktober 2010
Tugasan: Pelajar membuat bacaan lanjut tentang kaedah penilaian bahasa.

  • Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
PENGENALAN 
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis. 
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :- 
  • Bentuk akhir tugasan dihasilkan
  • Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
  • Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
  • Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
  • Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.
  Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar mengenal pasti dan merekod 
  1. Objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
  2. Kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat.
  3. Jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
  4. Bukti menunjukkan objektif tercapai
  5. Bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai.
  6. Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
  7. Menghasilkan kerja yang terancang
  8.  Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya  
 
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
  1. Penilaian objektif tugasan 
  •   Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya   ATAU
  •  Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
  • Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai  dengan persetujuan guru
  1. Hasil Pembelajaran 
  •  Pelajar  bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
  • Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru   
  1. Penilaian.
  • Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
  • Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
  • Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan       ATAU
  • Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya



Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
 
PERINGATAN:
·         Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu  dikawal oleh guru
·         Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

Mata Pelajaran:
Nama:
Tahun/Tingkatan:
Hasil Pembelajaran: 
Peringkat
Apa yang saya ingin capai pada peringkat ini
Bagaimana saya akan laksanakan peringkat ini
Jangka waktu pelaksanaan peringkat
Bagaimnakah penilaian pada peringkat ini dibuat
Catatan







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  Tandatangan kendiri
 ……………………………….         
(Nama:                               )          Tarikh:                        
Tandatangan Rakan Sebaya   
………………………..
  (Nama:                             )           Tarikh:                                                
Tandatangan Guru
……………………..  
(Nama:                              )            Tarikh: