Friday, October 15, 2010

Bentuk-bentuk Ujian Mendengar


1.    Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan
Aktiviti:
Guru menayangkan beberapa objek tertentu dan menyebut nama bagi setiap objek tersebut. Kemudian, guru meminta murid mengenalpasti nama bagi setiap objek dan memadankan objek tersebut dengan kad perkataan yang telah  disediakan.

2.    Memahami maksud ayat
Aktiviti:
Guru meminta murid mendengar sebuah ucapan pendek melalui pita rakaman, Kemudian, guru meminta murid menceritakan kembali ucapan tadi dengan menggunakan ayat sendiri.

3.    Melaksanakan arahan
Aktiviti:
Guru memberikan arahan pendek kepada murid untuk menghasilkan sebuah sajak berkenaan dengan persahabatan. Murid diminta untuk melaksanakan tugasan berdasarkan arahan tersebut.

4.    Mendengar untuk mendapatkan maklumat.
Aktiviti:
Sebuah cerita diperdengarkan kepada murid. Kemudian, murid diminta menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam cerita tersebut.

5.    Mendengar untuk kenalpasti urutan cerita dan peristiwa.
Aktiviti:
Sebuah cerita diperdengarkan kepada murid. Kemudian, murid diminta menyusun urutan cerita tersebut berdasarkan lembaran kerja yang diberi.
6.    Mendengar dan mengecam bunyi.
Aktiviti:
Guru memainkan audio jenis-jenis beberapa jenis binatang dan meminta murid mendengar dengan teliti. Kemudian, guru memasang kembali audio tersebut dan meminta murid mengecam bunyi tersebut dan menyebutnya dengan lantang.


7.    Mendengar dan memadan
Aktiviti:
Murid diminta untuk mendengar bunyi-bunyi tertentu.  Kemudian, mereka dikehandaki untuk memadankan bunyi tersebut dengan gambar yang telah disediakan.

8.    Mendengar dan menulis
Aktiviti:
Sebuah sajak diperdengarkan kepada murid. Kemudian, murid diminta menyalin sajak tersebut dengan tepat.
9.    Mendengar dan mencari jalan
Aktiviti:
Guru memberikan satu situasi kehidupan seharian yang berkisarkan kekeluargaan. Kemudian meminta murid mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang telah diberi.

10. Bersoal jawab
Aktiviti:
Guru mengutarakan beberapa soalan kepada murid. Kemudian, meminta murid -menjawab soalan tersebut mengikut pendapat masing-masing.

No comments:

Post a Comment