Sunday, October 10, 2010

Jenis Penilaian Bahasa

ISL minggu 5
Tarikh: 27.November.2010- 01.Oktober.2010
Tugasan: Pelajar membuat nota ringkas tentang ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian.


UJIAN FORMATIF
Merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Terdapat beberapa tujuan ujian  formatif dijalankan iaitu:
a) Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
b) Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
c) Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran
d) Pelajar mengetahui kelemahan mereka.
e) Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan.
Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.
PROSEDUR UJIAN FORMATIF
a) Menentukan tajuk pengajaran
b) Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun.
c) Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran.
d) Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil.
e) Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang
    telah diajar.

UJIAN SUMATIF
Merupakan penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun). Ia bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum. Sebagai contohnya :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR
Tujuan:
1.      Memberikan gred kepada pelajar – membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.
2.      Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

UJIAN BAKAT
Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.

Terbahagi kepada 2 kumpulan;
i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran
ii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu


UJIAN PENCAPAIAN
Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji

Tujuan
  1. Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
  2. Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya.
  3. Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya
UJIAN KEFASIHAN
 Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global (umum) pada bahasa yang dipelajari murid terbabit.  Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannnya. Ia dinilai dari segi penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas, posisi tubuh yang betul dan pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk mennyerap perkataan).

UJIAN KEMAJUAN
Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.  Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.  Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu. Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino - KTRH
    The Harrah's Cherokee 포항 출장안마 Casino in Cherokee, North Carolina offers 김천 출장샵 300 gaming machines, table 태백 출장마사지 games, live poker, simulcast 시흥 출장마사지 sports betting, 수원 출장마사지 slots,

    ReplyDelete